Bajet Sarawak 2019 – jalan raya pesisir terus mendapat perhatian kerajaan negeri.

Apa ada pada Bajet Sarawak 2019?

Bagi warga luar bandar terutama yang mendiami kawasan pesisir, nah…kali ini Kerajaan Negeri Sarawak terus komited meneruskan projek pembinaan jambatan dan jalan pesisir.

Pada tahun depan, Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan RM1.105 bilion bagi membiayai projek pembinaan jambatan dan jalan raya pesisir.

“Saya cukup gembira kerana Kerajaan Sarawak telah memberi penekanan kepada

pembangunan rangkaian perhubungan jalan pesisir negeri Sarawak dimana ianya

melibatkan peruntukan yang tinggi dalam pembinaan jalanraya dan jambatan,” ujar Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Datuk Haji Julaihi Haji Narawi.

Peruntukan itu dinyatakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg menerusi pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2019) pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Isnin.

Ia merangkumi Jambatan Muara Lassa, Mukah: Jambatan Rambungan, Lundu:
Jambatan Batang Lupar, Samarahan/Betong: dan Jambatan Kuala Kemena, Jepak, Bintulu.

Jelasnya, bajet ini adalah inisiatif kerajaan Sarawak untuk membina, melengkap dan menaiktaraf jalan pesisir di sepanjang pantai dari Selatan hingga

ke Utara Sarawak.

Kesempurnaan sistem perhubungan darat di kawasan pesisir akan memberi kesan positif.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau menggariskan beberapa kesan positif apabila sistem perhubungan darat pesisir sempurna.

Antaranya:-
1) Memudahkan pengerakan (Mobilazation) rakyat khasnya masyarakat

pesisir dan negeri Sarawak keseluruhannya

2) Memudahkan aktiviti pemasaran produk atau hasil pertanian dan hasilan

laut dari kawasan pesisir

3) Memudahkan membawa masuk input keperluan dalam sektor pertanian

dan perikanan dengan kos yang lebih murah

4) Merancakkan pembangunan sosio ekonomi dan membangunkan tanah-

tanah terbiar di Kawasan Pesisir.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana Belanjawan ini juga

mengambil kira peruntukan untuk projek bekalan air bersih dari Kota Samarahan

hingga ke Sebuyau.

“Semoga usaha ini dapat menyelesaikan masalah bekalan air

bersih di bahagian Samarahan dan Sebuyau,” ujarnya.

Sambil berterima kasih kepada Ketua Menteri atas keprihatinan terhadap keperluan penduduk di luar bandar, beliau turut berkata bajet kali ini jelas memberi

fokus kepada aspek pembangunan kawasan luar bandar.

“Semoga doa dan

harapan masyarakat luar bandar untuk terus merasai dan menikmati

pembangunan ini menjadi kenyataan, insya-Allah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: