Bajet 2019 tidak mesra Sarawak

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang menyifatkan Bajet 2019 tidak mesra kepada Sarawak sebagai sebuah negeri pengeluar minyak dan gas yang sepatutnya diberi pertimbangan sewajarnya melalui peruntukkan pembangunan yang lebih besar.

Menurutnya,Sarawak merupakan sebuah negeri yang sangat besar dan keperluan menyediakan bekalan asas seperti elektrik,air,kesihatan,pendidikan dan sebagainya sangat mencabar.

“Kerajaan Persekutuan sepatutnya meneliti keperluan ini dengan menyediakan peruntukkan yang mencukupi dan lebih besar.

“Sabah mendapat sekurang-kurangnya RM 700 juta lagi tambahan, walaupun Sarawak mendapat RM 4,346 juta berbanding RM 4,336 juta pada tahun ini keluasan negeri ini harus diambil kira,”katanya.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) berkata, dengan ini kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak(GPS) akan memastikan Sarawak tidak terus ketinggalan dengan memikir idea dan sumber untuk terus memacu pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: