Bajet 2019 sekadar ‘penjenamaan semula’ kerajaan terdahulu

Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri menyifatkan Bajet 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam sebagai ‘penjenamaan semula’ yang telah dilakukan kerajaan terdahulu.

Menurutnya, pengenalan insurans kepada pekerja yang sudah tidak mampu bekerja telah diperkenalkan semasa pemerintahan Barisan Nasional(BN).

“Namun, saya menyokong beberapa pengubahsuaian yang dilakukan bagi membantu golongan berumur bawah 40 tahun ke bawah termasuk usaha membantu kumpulan sasaran bagi meningkatkan taraf hidup mereka,penjawat awam termasuk golongan pesara,”katanya.

Katanya, bajet berkenaan juga mungkin sesuatu yang agak sukar direalisasikan secara menyeluruh.

“Misalnya, sama ada gaji minimum RM 1,100 yang diwar-warkan akan diguna pakai ia hanya boleh disahkan apabila benar-benar dilaksanakan,”ujarnya.

Nancy berkata,menerusi bajet itu juga adalah menjadi harapan tinggi Pakatan Harapan(PH) akan merealisasikan manifesto mereka pada pilihan raya yang lalu.

“Sebagai rakyat Sarawak kita juga mengharapkan keperluan pembangunan di negeri ini terus diutamakan dan diberi perhatian yang utama oleh kerajaan,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: