Bahagian Kuching ungguli Kejohanan Ping Pong Piala Francis Harden

SRI AMAN: Pasukan dari Bahagian Kuching mengungguli Kejohanan Ping Pong Berpasukan Terbuka Sri Aman Piala Yang Berhormat (YB) Datuk Francis Harden Hollis Tahun 2018 apabila berentap sesama sendiri bagi mengesahkan kejuaraan.

Bagaimanapun, pasukan Irama Bersatu A ternyata lebih hebat apabila berjaya menewaskan pasukan Irama Bersatu B dengan kiraan mata 2-0 dalam perlawanan akhir dan mengesahkan kejuaran milik mereka.

Selaku juara pasukan Irama Bersatu A membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000 manakala Irama Bersatu B yang memenangi tempat kedua membawa balik hadiah wang tunai RM 600.

Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh Kelab Ping Pong WIB Petra Jaya A Kuching dan Kelab Gian Sen Kuching dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 300.

Penghulu Tiong Chong Onn telah menyampaikan hadiah kepada pemenang mewakili Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

Sebanyak 126 orang peserta daripada 21 pasukan dari Bahagian Samarahan, Kuching dan Sri Aman menyertai kejohanan selama dua hari yang diadakan di Dewan Suarah,Sri Aman itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: