Apa niat pihak mendakwa RTP digelapkan YB?

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang galak menyerang perihal peruntukan Program Transformasi Desa (RTP) Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS.

Bersungguh-sungguh mereka berusaha untuk mendoktrinkan rakyat yang kononnya wakil rakyat GPS ‘menggelapkan wang RTP’ dan tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan masing-masing.

Mungkin ini perancangan Modas Operandi mereka untuk menghadapi PRN Sarawak Ke-12 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2021 dimana pada masa berkempen mereka akan menjaja ‘isu RTP disalahguna’ nanti.

Sebagai Sarawakian yang bijak kita harus memahami bagaimana mekanisma RTP berfungsi supaya tidak mudah terpedaya dengan bida’ah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dibawah ini saya ringkaskan fakta mengenai RTP Sarawak agar rakan-rakan semua lebih memahami bagaimana RTP berfungsi.

RTP diperkenalkan oleh Allahyarham Tok Nan pada tahun 2015 bagi tujuan untuk mempercepatkan pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar dengan peruntukkan RM5 juta setahun bagi setiap DUN sebelum dipanjangkan program yang sama kepada Ahli Parlimen GPS.

Nilai RM5 juta ini adalah berbentuk projek. Bukan tunai/cash money yang diberikan kepada setiap ADUN/Ahli Parlimen.

Pihak ADUN/Ahli Parlimen cuma menyenaraikan projek-projek yang hendak dibuat untuk setiap tahun.

Contoh : Senarai projek RTP 2017, hendaklah di dikemukakan pada bulan Oktober/November 2016 semasa LAB RTP.

Agensi-agensi pelaksana projek-projek ini ialah : Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, JKR, DID dan diselia oleh pejabat Residen. Peranan agensi pelaksana amat penting dari segi kecepatan dan keberhasilan projek ini.

Ada sebahagian kes terpaksa dibuat perubahan nama/tempat projek dilaksana kerana masalah tertentu seperti masalah tapak dan penduduk setempat tidak sepakat mengenai projek yang dicadangkan.

Sekiranya ada keperluan projek pembangunan di kawasan masing-masing, silalah maklumkan kepada wakil rakyat kawasan untuk dimasukkan ke dalam senarai RTP tersebut.

(sumber: FB DUN Kuala Rajang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: