Apa ada pada 19 Januari?

19 Januari 2019, sudah tersebar luas bahawa tarikh ini dipilih oleh pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melancarkan entiti politik baharu mereka.

Tarikh 19 Januari 2019 juga dirancang oleh penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman Solidariti Sarawak MA63 di Padang Merdeka, Kuching.

Pada tarikh itu juga, dalam sejarah Sarawak, pada tahun 1864, Britain melantik Konsulnya ke Sarawak, yang menggambarkan memberi pengiktirafan kepada Sarawak sebagai wilayah berdaulat yang bebas dari Brunei. Itu catatan aktivitis Lina Soo yang sering memperkatakan tentang hak Sarawak di FBnya.

Perhimpunan itu dirancang diadakan pada jam 3.00 petang. Siapa penganjur, sehingga kini tidak diketahui. Berikut merupakan mesej yang tular menerusi Whatsapp:-

MISSION
To gather and Unite all true Anak Sarawak to peacefully participate in Perhimpunan Aman Solidariti MA63 2019 regardless of their religion, ethinicity and partisan (Sarawak based political party) background.

VISION
To spread awareness into Anak Sarawak and for them to act accordingly based on Sarawak Constitutional Right, MA63, Sarawak identity and genuine history of Sarawak in any undertakings in their effort to defend Sarawak and Sarawakians from any internal or external threats.

Term & Conditions of Involvement of Perhimpunan Aman Solidariti MA63 Sarawak

Dress code:
A) Black T-Shirt bearing “Kesetiaan Sarawak” & “Respect MA63”
B) Black T-Shirt (Plain without any motives)
C) Any black Traditional outfit

Prohibition:

  • No political parties t-shirt
  • No political parties flags
  • No political parties chant

Reason For Black Color: Resembling The Son of The Soil.

Solidariti bermaksud perpaduan. MA63 adalah singkatan bagi Perjanjian Malaysia 1963 atau Malaysia Agreement 1963.

Kesedaran warga Sarawak mengenai hak negeri yang dikatakan terhakis semakin meningkat terutama apabila meluasnya penggunaan media sosial di kalangan masyarakat.

Jika tidak keterlaluan, kesedaran dan keberanian warga Sarawak yang ada sekarang, mungkin boleh dikaitkan dengan kelantangan Allahyarham Tok Nan (Pehin Sri Adenan Satem) ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Tok Nan yang secara rasmi mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan kembali hak autonomi Sarawak.

Usaha ini diteruskan penggantinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Lupakan cerita politik. Apa yang perlu sekarang ialah warga Sarawak menunjukkan perpaduan tanpa mengira kecenderungan politik, terhadap mustahaknya mempertahankan dan menuntut apa yang terkandung dalam MA63.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: