Anak OKU yang dikhuatiri lemas di Kabong masih gagal ditemui

SARATOK: Kanak-kanak perempuan Orang Kelainan Upaya(OKU),Nur Syahadah Fatihah Imam,10, yang dikhuatiri lemas selepas jatuh ke dalam sungai di jambatan Pengkalan Perahu Tambang Kabong di sini semalam masih gagal ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,operasi mencari dan menyelamat(SAR) mangsa ditangguhkan pada jam 6.30 petang ini berikutan keadaan cuaca beransur gelap.

“Operasi SAR telah dibantu oleh pelbagai agensi-agensi penyelamat yang lain serta penduduk kampung dengan kaedah ‘Water Surface Searching’ sekitar dimana mangsa dikatakan jatuh sehingga ke hulu dan hilir sungai.Radius pencarian adalah sejauh tiga ke empat kilometer,”katanya di sini hari ini.

Katanya,kehilangan mangsa dilaporkan keluarga selepas tidak pulang sehingga malam tadi.

“Pada jam 8.30 malam keluarganya hanya menjumpai selipar dan barang memancing milik Nur Shadah di tepi jambatan,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: