ADUN Sarawak pamer bakat bermain futsal

KUCHING: Selepas mengharungi hari yang sibuk sempena persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN), wakil rakyat Sarawak menunjukkan bakat dengan menyertai pertandingan futsal yang diadakan di Arena Sukan di sini malam tadi.

Tujuan ia diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan petugas DUN dan pihak media.

Sebanyak 12 pasukan telah menyertai pertandingan itu yang menyaksikan pasukan Setiausaha Politik muncul juara setelah menewaskan pasukan ADUN 5-2 dalam perlawanan akhir.

Tempat ketiga pula dimenangi team Steering FC(SG Driver),selain futsal, pertandingan lain yang turut diadakan ialah boling.

Persidangan DUN Sarawak berlangsung mulai 5 hingga 14 November 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: