Adaptasi teknologi pintar dan amalan baharu untuk aktiviti pertanian yang lebih agresif dan berdaya saing

Golongan petani dan usahawan tani di negeri perlu mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan proses dan amalan baru, sederhana dan lebih berkesan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerana itu mereka perlu melebarkan pengetahuan, terutama yang berkaitan teknologi moden dalam pertanian agar selaras dengan perubahan pesat yang berlaku di seluruh dunia.

“Kerajaan komited untuk melengkapkan pemain industri kita dengan teknologi terkini selain mewujudkan amalan untuk mengekalkan industri pertanian negeri yang berdaya saing.

“Ini penting untuk memastikan Sarawak dapat menjadi destinasi pilihan bagi pelabur dan kapitalis teroka,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak 2018 (ICAAS) di Pusat Konvensyen Penview di sini semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: