Abg Joe pertahan hak imigresen Sarawak

Hak kawalan ke atas imigresen Sarawak tidak akan dihapuskan, itu jaminan yang diberikan oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Jaminan berkenaan disampaikan Ketua Menteri Sarawak semasa ucapan penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada petang Rabu, 14 November 2018 di Kuching.

“Risiko elemen yang boleh mengganggu-gugat ke atas keamanan dan keharmonian kita ialah satu penyebab munasabah mengapa saya tidak menghapuskan hak Sarawak terhadap kawalan imigresen,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan adalah tidak salah baginya apabila menyekat kemasukan (beberapa) bukan warga Sarawak ke negeri ini kerana mengetahui mereka berupaya menyebar sentimen dan emosi yang menghancurkan keharmonian dan memecahbelahkan perpaduan di kalangan warga Sarawak.

Baginya, tidak ada salah untuk berbahas mengenai idea dan polisi.

“Tetapi kita tidak seharusnya mempersoalkan hak setiap komuniti yang memiliki keunikan identiti, budaya dan cara hidup kerana ia memiliki nilai tersendiri yang membentuk identiti tersendiri Sarawak,” jelasnya.

Bernama baru-baru ini melaporkan Abang Johari mendakwa wujud usaha yang mahukan hak Imigresen Sarawak dimansuhkan.

Abang Johari berkata cadangan itu disampaikan kepadanya oleh seorang individu bergelar ‘Timbalan Menteri’ dari Semenanjung baharu-baharu ini.

“Ada seorang pemimpin, level Timbalan Menteri datang kepada saya meminta kita (Sarawak) supaya memansuhkan hak Imigresen. Individu itu berkata kepada saya ‘it’s about time for us(Sarawak) not to have imigration control’ (sudah tiba masanya bagi kita (Sarawak) tidak mengawal Imigresen.

“I said no (Saya katakan tidak). Hak Imigresen adalah perkara yang harus kita pertahankan kerana kuasa Imigresen adalah kuasa kita sepertimana termaktub di dalam perlembagaan dan Perjanjian Malaysia (MA63),” katanya dipetik menerusi laporan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: