92 orang menerima surat hakmilik tanah di Kpg Rajang

Seramai 92 orang penduduk Kampung Tradisi di Kampung Rajang, Tanjung Manis menerima surat Hakmilik Tanah Sekysen 18 Kanun Tanah Negeri.

Majlis disempurnakan oleh Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak di Dewan Masyarakat , Kampung Rajang pagi tadi.

Surat hakmilik Sekysen 18 mempunyai keistimewaan seperti pemilik tanah tidak perlu membayar premium, cukai tanah dan lain-lain fi yang terlibat dan tempoh pegangan kekal.

Hadir sama, Encik Udin Bujang, Pegawai Daerah Tanjung Manis Puan Sr Monaliza Binti Haji Ismail, Penguasa Tanah dan Survei, Bahagian Mukah, Pemanca Haji Dandan Sidi, Pemanca Daerah Tanjung Manis.

(KREDIT LEMBAH RAJANG FB)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: