21 pesara tentera diraikan

KUCHING:Seramai 21 anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan diraikan dalam Majlis Meraikan Anggota Bersara Peringkat 1 Divisyen Zon Kuching Tahun 2018 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang.

Panglima 1 Divisyen,Mejar Jeneral Dato’ Tooh Choon Siang berkata, majlis itu diadakan bertujuan untuk menghargai jasa serta pengorbanan yang mereka curahkan sepanjang dalam perkhidmatan angkatan tentera.

“Kita percaya semua warga pesara telah menghadiri kursus yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) bagi mempersiapkan diri mereka dalam bidang yang bakal diceburi kelak,”katanya.

Katanya,walaupun mereka semua telah meninggalkan alam ketenteraan namun hubungan kekeluargaan yang telah terjalin tidak akan putus.

“Kita menasihatkan agar semua sentiasa berhubung dengan JHEV bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

“Selain itu,JHEV juga akan sentiasa membantu Veteran dalam segi aspek kebajikan dan perubatan yang diperlukan oleh mereka,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: