Mengapa masih ada kekejaman kaum/ agama meskipun ada ICERD?

Ketua Penerangan PBB Datuk Idris Buang berkata jika ICERD bagus sangat untuk menghapus penindasan dan diskriminasi di antara manusia atas dasar warna kulit, keturunan atau agama, MENGAPAKAH badan-badan dunia yang berkuasa dan mendokong ICERD ini TIDAK LANGSUNG berbuat sesuatu untuk menghapuskan kekejaman Israel ke atas Palestine, China ke atas rakyat Uighur, dan Myanmar ke atas bangsa Rohingya?

“Why the double standard? Kenapa kejejaman ini semua masih berlaku,” soalnya menerusi satu catatan di FBnya baru-baru ini.

Selagi ianya masih berlaku, ia bermakna pengasas pendokong dan penyebar ICERD ini adalah golongan hipokrit kelas pertama dan harus melihat bayangan wajah-wajah diri mereka sendiri di dalam lobang tandas, tegasnya.

Berhubung perkara sama, Presiden PBDS Baru Cobold Jon menyokong agar ICERD diratifikasikan.

Pada Jumaat, BERNAMA melaporkan kerajaan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

ICERD adalah singkatan daripada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.

ICERD adalah salah satu konvensyen yang telah diperakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 21 December 1965, dan dikuatkuasakan pada 4 January 1969.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: