Kerajaan Sarawak ambil alih taska dan tadika SeDidik

Kerajaan Sarawak akan mengambil alih pengurusan semua Taska dan Tadika SeDidik di seluruh negeri ini bermula tahun depan.

Majlis Mesyuarat Kabinet Negeri (MMKM) telah meluluskan pengambil alihan pengurusannya pada Khamis.

Maka, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata k​​​​abinet negeri turut meluluskan cadangan pemberian geran tahunan RM5,000 kepada semua taska dan tadika berdaftar di Sarawak, sama ada yang diurus oleh kerajaan mahupun swasta bermula tahun depan.

“Pemberian geran tahunan itu melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM16 juta dan akan memanfaatkan 3,034 taska dan tadika,” katanya dalam satu majlis di Kuching pada Khamis.

Beliau berkata terdapat beberapa taska dan tadika SeDidik yang masih dalam keadaan daif dan memerlukan pembaikan, naik taraf dan pembinaan baharu dan bagi tujuan tersebut sejumlah RM20 juta lagi diperlukan untuk menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: