5 juta pelancong ke Sarawak menerusi Kempen Melawat Sarawak 2019

Kementerian Pelancongan Sarawak menjangkakan menerima kemasukan 5 juta orang pelancong pada tahun 2019.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan jangkaan itu dicapai menerusi Kempen Melawat Sarawak Tahun 2019.

“Dengan pelancaran Kempen Melawat Sarawak, Kementerian saya akan proaktif dalam menyampaikan misi untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama,” jelasnya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada 12 November 2019.

Pada tahun ini beliau menjangka Sarawak akan menerima kemasukan pelawat sejumlah 4.5 juta orang dengan anggaran wang dijana menerusinya ialah RM8.05 bilion.

Bagi tempoh antara Januari dan September 2018, Sarawak menerima kemasukan kira-kira 3.2 juta.

Lima negara teratas pelawat ke Sarawak ialah Brunei, Indonesia, Filipina, China dan Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: