22 mangsa insiden letupan gas CityOne masih di hospital

Kenyataan Media

DR. JAMILAH BINTI HASHIM
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
8 Disember 2018

Situasi terkini mangsa terselamat susulan tragedi bangunan runtuh dipercayai berpunca dari letupan gas di sebuah kedai yang sedang diubah suai di CityOne Mall pada 4 Disember 2018 lalu, di mana jumlah keseluruhan mangsa terlibat adalah seramai 44 termasuk tiga kematian.

Setakat hari ini, 8 Disember 2018, seramai 22 mangsa masih lagi diberikan rawatan sebagai pesakit dalam iaitu 20 mangsa di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching dan dua mangsa di Borneo Medical Centre (BMC).

Mangsa-mangsa di HUS adalah dua mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, seorang mangsa di Unit Rawatan Separa Rapi Neuro (NDHU), seorang di Wad Neurosurgeri, tujuh di Wad Kebakaran, empat di Wad Urologi, empat di Wad Ortopedik Lelaki dan seorang di Wad Ortopedik Perempuan.

Manakala, di BMC, dua mangsa diberikan rawatan di Wad Kebakaran. Keadaan kesemua mangsa adalah stabil.

Kesemua mangsa yang masih menerima rawatan perubatan tersebut adalah mereka yang dipantau tahap kesihatan mereka akibat mengalami luka terbakar pelbagai tahap termasuklah luka terbakar teruk dengan gangguan pernafasan, patah tulang, kecederaan pada tisu dan otot, luka-luka serta sesak nafas kesan daripada tragedi yang berlaku.

Semoga kesemua mangsa tragedi tersebut segera sembuh dan dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: