15 pintu rumah panjang Balak terbakar, suami isteri melecur

JULAU:Sepasang suami isteri melecur di bahagian belakang ketika cuba menyelamat diri dalam kebakaran rumah panjang Balak,Jalan Ulu Entabai di sini petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran 15 pintu rumah panjang berkenaan pada jam 5.04 petang.

“Api yang marak telah memusnahkan keseluruhan rumah panjang ini,”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa telah dihantar ke klinik berhampiran menggunakan kenderaan Hilux penduduk kampung untuk mendapat rawatan awal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: