13 Mac ini keputusan semakan kehakiman mengenai SST oleh Petronas

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kuching menetapkan 13 Mac 2020 memutuskan permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi semakan kehakiman untuk mengisytiharkan Cukai Jualan Negeri Sarawak (SST) sebagai ‘batal dan tidak sah’.

Hakim Mahkamah Tinggi Azahari Kamal Ramli menetapkan tarikh itu semalam setelah mendengar hujah Petronas, yang diwakili oleh peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Alvin Chong.

Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid dan peguam negara Datuk Seri JC Fong mewakili kerajaan Sarawak turut selesai memberi hujah semalam.

Petronas memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan SST, yang dikenakan oleh kerajaan Sarawak, melalui Kontroller SST, sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: